Status Perkhidmatan

Aliran Kelana Jaya OK
Aliran Ampang OK
Laluan Bas OK

Perancang Perjalanan LRT

Pilih stesen yang ingin dituju

RapidKL tawar 1,500 peluang pekerjaan PDF Print E-mail

Petaling Jaya, 06 Februari 2009 - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) hari ini menawarkan 1,500 peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin menjelaskan bahawa pada tahun ini  sebanyak kira-kira 1,500 kekosongan jawatan pelbagai kategori perlu diisi sebagai tambahan kepada jumlah 4,000 tenaga kerja RapidKL sedia ada.

Antara jawatan yang memerlukan pengisian segera adalah:

 Jawatan Kekosongan
 Pemandu Bas 350
 Mekanik/Juruteknik (Rel & Bas) 255
 Pembantu Khidmat Pelanggan (Rel) 170
 Pegawai Keselamatan (Rel & Bas) 270
 Pengawal Trafik (Bas) 120
 Jurutera (Rel & Bas) 53

Suffian berkata, RapidKL akan mula mengiklankan jawatan-jawatan kosong  berkenaan dalam beberapa akhbar-akhbar utama negara mulai esok.

“Pengambilan kakitangan baru ini selaras dengan usaha RapidKL untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan baik dalam perkhidmatan LRT mahupun bas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Suffian berkata, untuk menyediakan perkhidmatan bas yang lebih cekap, RapidKL mermerlukan lebih ramai kakitangan operasi terutama pemandu bas dan jurutera serta mekanik kerana jumlah yang ada tidak mencukupi.

“Dengan adanya pemandu bas tambahan, RapidKL akan mampu memperbaiki tahap perkhidmatan bas dengan penambahan jumlah bas yang beroperasi. Pengawal trafik juga dapat membantu dalam melicinkan lagi operasi bas harian,” katanya.

Dengan adanya Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA) dan kakitangan keselamatan tambahan, katanya, RapidKL akan memastikan jumlah staf yang mencukupi untuk melayan para penumpang di dalam tren dan stesen-stesen LRT.

RapidKL juga akan memulakan operasi tren-tren baru empat gerabak menjelang suku ke-empat tahun ini.  Oleh yang demikian, RapidKL memerlukan jurutera dan juruterknik rel untuk menyelenggarakan tren-tren tambahan yang akan beroperasi.

“Selain itu, RapidKL juga ingin terus meningkatkan tahap keselamatan di stesen-stesen LRT dengan menambah lagi para pegawai keselamatan yang bertugas,” katanya.

Kami akan mengiklankan peluang-peluang pekerjaan di atas dalam beberapa akhbar tempatan pada 07 Februari dan 08 Februari ini.

RapidKL mengamalkan polisi yang ketat dalam pengambilan kakitangan baru serta menyediakan program latihan yang komprehensif.  Misalnya, pemandu bas akan menjalani latihan intensif selama sebulan yang tidak hanya terhad kepada pengendalian bas sahaja tetapi juga meliputi pelbagai aspek seperti pemanduan berhemah, komunikasi dengan pengguna, disiplin, etika kerja, peraturan apabila berlaku kemalangan, kecemasan dan kebakaran.

Latihan berterusan dijalankan bagi meningkatkan jati diri dan kemahiran.

“Kepada yang berminat untuk menghadiri temuduga, mereka diingatkan supaya membawa kad pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, dokumen asal, salinan sijil persekolahan serta sijil-sijil yang berkaitan.  Bagi pemohon yang berminat bagi jawatan pemandu bas, para pemohon juga dinasihatkan untuk membawa lesen memandu kelas D, E atau PSV.

RapidKL menyediakan faedah dan kemudahan yang menarik antaranya:

  • pakej gaji yang kompetitif
  • insentif harian (bagi Pemandu Bas sahaja)
  • caruman KWSP & PERKESO
  • elaun dobi dan pakaian seragam (bagi kakitangan beruniform)
  • kemudahan perubatan termasuk ahli keluarga

Untuk maklumat dan penjelasan lanjut, mereka yang berminat boleh melayari laman web www.rapidkl.com.my, emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , hubungi Divisyen Sumber Manusia telefon 03-7650 7788 samb. 1432/1433 atau Helpline di talian 03-7625 6999 (Isnin  – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang).