Status Perkhidmatan

Aliran Kelana Jaya OK
Aliran Ampang OK
Laluan Bas OK

Perancang Perjalanan LRT

Pilih stesen yang ingin dituju

Perkhidmatan LRT RapidKL dilanjut sempena Konsert A Mei STAR Tour Live in Malaysia 2009 dan Majlis Perasmian Colours of Malaysia 2009 PDF Print E-mail

Petaling Jaya, 19 Mac 2009 - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan melanjutkan masa perkhidmatan LRT bagi stesen terpilih, sehingga jam 12:30 tengah malam pada 20 Mac dan 21 Mac 2009.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

1. 20 Mac 2009 (Jumaat)

Perkhidmatan LRT Aliran Ampang di Stesen Bukit Jalil dilanjut sehingga jam 12:30 tengah malam sempena Konsert A Mei STAR Tour Live in Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil

2. 21 Mac 2009 (Sabtu)

Perkhidmatan LRT Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang di Stesen Masjid Jamek dilanjut sehingga jam 12:30 tengah malam sempena Majlis Perasmian dan Pelancaran Acara Colours of Malaysia 2009 di Dataran Merdeka, anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia

Perkhidmatan LRT di stesen-stesen lain dan perkhidmatan bas RapidKL akan tamat operasi seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web: www.rapidkl.com.my , atau hubungi Helpline di talian 03-7625 6999 (Isnin – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang).