
| Aliran Kelana Jaya | OK |
| Aliran Ampang | OK |
| Laluan Bas | OK |
Daftarlah sebagai ahli komuniti “online” RapidKL dan menerima pemberitahuan melalui sms berkenaan status perkhidmatan kami. *
* Pemberitahuan pengumuman sms hanya berkenaan gangguan perkhidmatan yang kritikal sahaja.
| RapidKL Ubah Laluan Bas E1 |
|
|
|
|
|
Petaling Jaya, 26 May 2009 - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan melakukan perubahan laluan bas E1 (Putrajaya Sentral – Pasar Seni via Lebuhraya Utara Selatan) mulai pada 8 Jun 2009 (Isnin). Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata perubahan ini dilakukan untuk mengurangkan masa perjalanan dan memberi perkhidmatan yang lebih efisien kepada pengguna bas laluan tersebut. “Laluan baru E1 yang melalui Maju Expressway (MEX) akan mengurangkan masa perjalanan kepada 40 minit berbanding 60 minit laluan sekarang,” katanya. Laluan baru E1 berkuatkuasa 8 Jun adalah seperti berikut: Laluan Pergi: Laluan Balik: Mulai 8 Jun, laluan E1 akan beroperasi dengan kekerapan setiap 20 minit, hari Isnin hingga Ahad dan Cuti Umum. Laluan E1 sekarang adalah: Terminal Sultan Mohamed (Pasar Seni) – Jalan Tun Sambanthan (KL Sentral) – Jalan Syed Putra (Mid Valley) – Lebuhraya Timur Barat – PLUS Highway – Tol Serdang – Jalan Sg Besi - Precinct 9 – Putrajaya Sentral Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web: www.rapidkl.com.my atau hubungi talian Helpline: 03-7625 6999 (Isnin – Jumaat 8.30 pagi – 5.30 petang) atau memberi maklum balas melalui e-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . |