
| Aliran Kelana Jaya | OK |
| Aliran Ampang | OK |
| Laluan Bas | OK |
Daftarlah sebagai ahli komuniti “online” RapidKL dan menerima pemberitahuan melalui sms berkenaan status perkhidmatan kami. *
* Pemberitahuan pengumuman sms hanya berkenaan gangguan perkhidmatan yang kritikal sahaja.
| Laluan bas RapidKL disusun semula |
|
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 11 August 2008 00:00 |
|
Petaling Jaya, 11 Ogos 2008 - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan menyusun semula empat laluan bas dan menamatkan tiga laluan sebagai salah satu strategi untuk menjadikan rangkaian perkhidmatan bas lebih efisien. Laluan-laluan yang disusun semula ini akan berkuatkuasa pada 21 Ogos 2008. Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata empat laluan disusun semula akan meliputi kawasan yang lebih luas. Sementara laluan-laluan yang ditamatkan, buat masa ini juga dikhidmati oleh bas laluan lain. “Bas-bas yang digunakan untuk laluan yang ditamatkan akan digunakan untuk laluan lain dan ini akan meningkatkan kekerapan laluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. Empat laluan yang disusun semula adalah seperti berikut : 1) Laluan T312 – LRT Wangsa Maju Laluan: Lampiran Laluan Bas 2) Laluan T413 – R&R Bukit Dukung Laluan: Lampiran Laluan Bas 3) Laluan T607 – LRT Kelana Jaya Laluan: Lampiran Laluan Bas 4) Laluan T624 – LRT Kelana Jaya Laluan: Lampiran Laluan Bas Tiga laluan yang akan ditamatkan:
Untuk maklumat lanjut mengenai laluan yang disusun semula ini, komuter boleh layari laman web - www.rapidkl.com.my dan memberi maklum balas melalui emel - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi Helpline di talian 03 7625 6999 (Isnin – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang). Notes to Editors: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL), a wholly owned company under the Minister of Finance Incorporated is tasked in providing an integrated public transport system in the Klang Valley incorporating rail and bus services. Incorporated in July 2004 and operational since November the same year, RapidKL today transports approximately 4 million passengers weekly: 2.1 million on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 1.9 million on the bus system. Rapid KL provides services across 48 rail stations and 165 bus routes. |
| Last Updated on Monday, 08 June 2009 09:07 |