
| Aliran Kelana Jaya | OK |
| Aliran Ampang | OK |
| Laluan Bas | OK |
Daftarlah sebagai ahli komuniti “online” RapidKL dan menerima pemberitahuan melalui sms berkenaan status perkhidmatan kami. *
* Pemberitahuan pengumuman sms hanya berkenaan gangguan perkhidmatan yang kritikal sahaja.
| RapidKL sedia perkhidmatan bas shuttle 24 jam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri |
|
|
|
|
| Written by Administrator | ||||
| Tuesday, 23 September 2008 00:00 | ||||
|
Petaling Jaya, 23 September 2008 - Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) menyediakan perkhidmatan bas shuttle dari Puduraya ke Bukit Jalil mulai 15 September sehingga 15 Oktober 2008. Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata perkhidmatan bas shuttle ini beroperasi 24 jam dengan kekerapan bas dijadualkan setiap 15 minit antara 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam dan setiap satu jam selepas 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi keesokan harinya. Kadar tambang ialah RM3 sehala. Berikut adalah laluan perkhidmatan bas shuttle :
“Kami menyediakan perkhidmatan bas shuttle ini bagi memenuhi keperluan warga kota yang menggunakan pengangkutan awam dari terminal bas sementara Bukit Jalil untuk pulang ke kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web - www.rapidkl.com.my dan memberi maklum balas melalui emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi Helpline di talian 03-7625 6999 (Isnin – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang). |
||||
| Last Updated on Monday, 08 June 2009 08:59 |