Status Perkhidmatan

Aliran Kelana Jaya OK
Aliran Ampang OK
Laluan Bas OK

Perancang Perjalanan LRT

Pilih stesen yang ingin dituju

RapidKL lancar produk baru - “Perkhidmatan Bas Fajar” PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 10 September 2008 00:00

Petaling Jaya, 10 September 2008 - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan memperkenalkan perkhidmatan bas percubaan baru yang dikenali sebagai “Perkhidmatan Bas Fajar” mulai pada 15 September 2008.  Perkhidmatan bas ini akan bermula awal pagi iaitu sebelum jam 6:00 pagi dan diperkenalkan bagi laluan tertentu. 

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata perkhidmatan bas khas ini bermula seawal jam 5:10 pagi bagi beberapa laluan, untuk memberi  kemudahan kepada penumpang yang ingin memulakan perjalanan awal bagi  mengelakkan kesesakan.

“Perkhidmatan ini akan dijalankan secara percubaan untuk mengenalpasti     permintaan.  Sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, RapidKL akan mengekalkan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Butiran lanjut perkhidmatan adalah seperti berikut:

Bil.
Masa Berlepas
No. Laluan
Bertolak dari
Menghala ke
1.
5:10 pg
T307
TM*, Tmn Melawati
Stesen LRT Dato’ Keramat
2.
5:10 pg T301
TM*, Tmn Melawati
GIANT, Hulu Klang
3.
5:15 pgT330
TM*, Tmn Melawati
Stesen LRT Dato’ Keramat
4.
5:15 pgT302
TM*, Tmn Melawati
Seksyen 10, Wangsa Maju
5.
5:15 pgT304
SRJK(T), Tmn Melawati
Hab Bas Tmn Melawati
6.
5:15 pgT309
TM*, Tmn Melawati
Hab Bas AU 3 Jentayu
7.
5:15 pgT312
Apartment Seri Putri, Ukay Perdana
Stesen LRT Wangsa Maju
8.
5:15 pgT312
TM*, Tmn Melawati
Stesen LRT Dato’ Keramat
9.
5:20 pgU40
Hab Bas Malur Terminal Kajang
10.
5:20 pgU80
Balai Polis Bt 3, Shah Alam
Hab Bas Pasar Sen
11.
5:30 pgT201
Depot Bas Tmn Melawati GIANT, Hulu Klang
12.
5:30 pgT320
Emerald Hill, Jln Bkt Indah Utama
Ampang Point
13.
5:30 pgU1
Cycle & Carriage, Jln Perusahaan
Pinggiran Batu Caves
14.
5:30 pgU10
Cycle & Carriage, Jln Perusahaan
Pinggiran Batu Caves
15.
5:30 pgU12
Cycle & Carriage, Jln Perusahaan
Batu 12, Jln Gombak
16.
5:45 pgU41
PNMB, Jln Chan Sow Lin
Hab Bas Pasar Seni
17.
6:00 pgT305
Apartment Seri Putri, Ukay Perdana
Stesen LRT Wangsa Maju

TM* : Telekom Malaysia

Untuk maklumat dan penjelasan lanjut, komuter boleh layari laman web www.rapidkl.com.my atau hubungi talian Helpline di 03-7625 6999 (Isnin  – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang). Komuter juga boleh memberi maklum balas melalui emel di   This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Monday, 08 June 2009 08:53