Status Perkhidmatan

Aliran Kelana Jaya OK
Aliran Ampang OK
Laluan Bas OK

Perancang Perjalanan LRT

Pilih stesen yang ingin dituju

Keterangan bagi Rangkaian Berintegrasi RapidKL di Lembah Kelang

BAS TEMPATAN
Bas Tempatan kami akan menghubungkan anda dengan kawasan-kawasan tempatan yang lain atau anda juga boleh ke Stesen-stesen Rel yang berdekatan atau Hab-hab Bas Tempatan. Dari situ, anda boleh mengambil samada Bas Utama atau rel untuk ke pusat bandar.
BAS UTAMA
Untuk masuk atau keluar ke pusat bandaraya, anda boleh menggunakan perkhidmatan Bas Utama kami.
Rel
Aliran Kelana Jaya / Aliran Ampang
BAS BANDAR
Untuk berhubung dengan kawasan-kawasan sekitar bandaraya KL, anda boleh menggunakan perkhidmatan Bas Bandar kami.
Hab-hab Bandar :
Pasar Seni/KL Sentral
KLCC
Bukit Bintang/Maluri
Titiwangsa/Chow Kit
BAS EKSPRES
Untuk perjalanan yang lebih cepat ke pusat bandar atau dari pusat
bandar, gunakanlah perkhidmatan Bas Ekspres kami dengan hentian terhad.

Senarai Laluan-laluan Bas RapidKL & Kadar Tambang (muat turun PDF)
Semua tiket-tiket bas RapidKL adalah tiket harian. Ini bermakna, anda boleh menikmati perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan yang sama (Tempatan, Utama, Bandar atau Ekspres) dan anda juga boleh menggunakan tiket yang sama untuk ke kawasan-kawasan berlainan untuk sepanjang hari! Tiket ini sah samada anda berada di Klang ataupun di Ampang asalkan anda menggunakan jaringan pengangkutan RapidKL, jadi gunakanlah tiket-tiket harian anda!