
| Aliran Kelana Jaya | OK |
| Aliran Ampang | OK |
| Laluan Bas | OK |
Daftarlah sebagai ahli komuniti “online” RapidKL dan menerima pemberitahuan melalui sms berkenaan status perkhidmatan kami. *
* Pemberitahuan pengumuman sms hanya berkenaan gangguan perkhidmatan yang kritikal sahaja.
| Kaedah Bayaran Baru Untuk Perkhidmatan Bas Dan LRT RapidKL |
|
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 27 February 2008 00:00 |
|
Petaling Jaya, Februari 27, 2008 – Mulai 1 Mac 2008, tiket harian manual SEMUA dan SEPADU akan dimansuhkan dan hanya boleh didapati dengan menggunakan kad magnetic Touch n’ Go. Pada hari yang sama juga, Kad Perjalanan Bulanan Bas Konsesi Manual akan dimansuhkan. Pada 1 November 2007, RapidKL telah memperkenalkan penggunaan Touch n’ Go sebagai pilihan tambahan untuk semua bayaran tambang bas dan LRT RapidKL. Walaubagaimanapun, ianya tidak termasuk tambang perjalanan sehala untuk bas ekspres yang berharga RM3 yang masih boleh didapati dalam bentuk tiket manual dan ianya tidak boleh digunakan dengan Touch n’ Go. “Sebagai salah satu usaha syarikat untuk menerajui sistem tiket tanpa tunai, RapidKL akan menggantikan semua tiket-tiket manual dengan kad pintar. Proses penggantian ini akan dimulakan dengan tiket SEMUA dan SEPADU. Kad Perjalanan Bulanan Bas ( Konsesi) RM40 juga akan di tamatkan. Walaubagaimanapun, pengguna yang layak untuk mendapat tambang bas konsesi masih boleh menikmati kelebihan ini melalui pembelian tiket harian.” kata Shahril Mokhtar, Pengurus Besar dari Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif. Pelanggan RapidKL yang tidak mempunyai kad Touch n’ Go, boleh membelinya di stesen LRT yang berharga RM10 dengan tambah nilai minimum RM20 dan nilai maksimum RM1,500. Untuk Orang Kurang Upaya, warga emas dan pelajar yang berpakaian seragam sekolah kerajaan masih boleh menikmati tambang konsesi untuk SEMUA yang berharga RM3 dan SEPADU yang berharga RM6 dalam bentuk tiket manual. Tiket konsesi SEMUA dan SEPADU tidak boleh didapati dengan menggunakan Touch n’ Go. |
| Last Updated on Monday, 08 June 2009 09:47 |