|

Visi, Misi & Logo Visi Kami Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berintegrasi, selamat, dipercayai dan efisien di Lembah Kelang, berasaskan kewangan yang dapat ditampung. Misi Kami Menyediakan perkhidmatan berorentasikan pengguna dengan memberi fokus/tumpuan berikut :
1. Tahap tertinggi pada kecemerlangan operasi, penambahbaikan kejuruteraan dan perkhidmatan yang boleh diharapkan/dipercayai 2. Memperuntuk dan menawarkan perkhidmatan “satu rangkaian” integrasi : SATU RAPID 3. Meningkatkan kesedaran rangkaian kepada orang awam dan memudahkan penawaran rangkaian produk 4. Membina dan meningkatkan penawaran perkhidmatan komersil 5. Mewujudkan “gayahidup pengalaman perjalanan yang menyeronokkan” hujung ke hujung untuk penumpang …….dengan tumpuan diberikan untuk mencapai 50% syer modal awam
Logo
| Logo ini mencerminkan Pengangkutan Awam baru yang pantas/deras, inovatif dan dinamik di Lembah Kelang, Malaysia. Warna biru dan merah di atas latarbelakang berwarna putih digunakan untuk kedua-dua tujuan estetika dan praktikal. Pertamanya, ia telahpun dikenali oleh sasaran pasaran sebagai pengangkutan awam. Keduanya, warna merah, putih dan biru adalah warna-warna pada bendera Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Logo itu juga mempunyai huruf kecil ‘r’ yang mempunyai stail berbentuk sukuan geometri – mewakili tanda arah dan kewujudan pergerakan dalam pengangkutan awam. Ianya inovatif dan bercirikan ikon yang tersendiri – berjenama Letterform Mark, Woodmark dan Berbentuk Pengenalan di mana menggabungkan nama syarikat dan diintegrasikan menjadi satu. Imej secara keseluruhan menggambarkan entiti yang mampu berdikari seperti juga syarikat ini. |
Motto Nadi Penggerak Rakyat Motto ini digunakan berasingan dengan logo. Ia sepatutnya dimasukkan dalam komunikasi dengan pengguna yang tidak biasa dengan RapidKL dan tidak tahu apa itu RapidKL.
|